berjuanglah mencari keredhaan allah..
Monday, August 30, 2010 ϟ 1:23 AM ϟ 0 Comment[s]
hari ini 30 ogos 2010...aku terbaring didepan ruang tamu bilikku,,walaupown aku mempunyai kuliah tapi aku tidak berkesempatan untuk menghadirinya...ini adalah kerana masalah kaki ku yang mengalami sedikit kesakitan yang menyebabkan aku sukar untuk bergerak...hujan pula turun dengan lebatnya seperti mengulikku untuk kembali di alam mmpi yang penuh kenikmatan...=]..tetapi mata ku ini tidak dapat ku pejam lagi kerana dicas penuh..hehe...kawan2 ku baru balik dari menghadiri kulih...tanpa bersembang panjang..tanpa membuang sedikit pown masa mereka terus terlena dengan ulikan hujan yang begitu mendamaikan...entah mengapa didalam suasana hujan yang mendamaikan ini terlintas dibenak fikiranku hari ini untuk menulis blog tentang "menang tidak selalunya menang,kalah tidak selalunya kalah"dari apa yang terlintas dibenak fikiranku ini..terlintas juga beberapa persoalan yang mungkin itulah soalan yang memerlukan jawapan..antaranya..mengapa mesti berfikiran sedemikian???pentingkah menang dan kalah ini??bagaimanakah ciri2 jika mengidamkan kemenangan..sudah menjadi lumrah didalam kehidupan manusia menang kalah adat manusia...."kadang-kadang manusia diatas tetapi kadang-kadang juga manusia itu akan derada dibawah"...hidup sperti roda..bagaimana kita melihat roda itu..begitulah pusingan kehidupan kita..
mengapa manusia mesti berfikiran sedemekian??bagi aku tidak semestinya manusia perlu berfikiran sedemikian..ini adalah kerana..apa yang aku ingat...setelah kita berusaha berdoalah kita kepada allah yang maha berkuasa..bertawakallah kita kepada allah..dengan berkat usaha dan jalanan yang gigih kemenangan atau kejayaan pasti akan menanti kita..tetapi kita juga perlu ingat.."kadanag-kadang allah tidak memberi apa yang kita nak tetapi allah akan memberi apa yang kita perlu"...seperti air hujan yang menitis dengan damainya dengan hari ini..adakah selalu kita minta diturunkan hujan..tetapi itu satu keperluan kerana itu allah menurunkan hujan...rahmat daripara air hujan itu akan membasahi bumi...alangkah indahnya jika hati manusia sedemikian......
pentingkah menang dan kalah??kedua-duanya penting....Tetapi allah tidak menyukai "orang yang cepat mengaku kalah"..sebelum kita memikirkan kemenangan atau kekalahan apa yang penting semangat bersaing dan berjuang itu perlu kuat dalam diri..bukan kita mengangkat bendera putih dan mengaku dengan sewenang-wenangnya..tetapi untuk mempertahankan hak kita,,semestinya kita perlu berjuang hunggalah kita menemui kemenangan..contoh..masjidil "aqsa"...masjidil aqsa sekarang adalah didalam tawanan kafir yang dilaknat oleh allah....jadi kita sebagai muslim adakah tidak menjadi tanggungjawab kita untuk mebebaskan al-aqsa..perjuangan seperti ini mestilah kita berjuang sehingga menemui kemenangan...itu hak kita..menjaga kesucian agama fardhu ain bagi kita....jadi menjadi kewajiban kepada kita untuk membebaskan al-aqsa...jadi didalam konteks "pentingkan menang dan kalah"bukan itu soal nye...berjuang diatas jalanan yang benar itu yang menjadi soal nye skrang..jadi berjuang la kita dijalan allah..menang la kita untuk agama allah...berjuang la kita untuk mencari keberkatan....insyaallah perjuangan yang suci akan diberi kemenangan oleh allah....insyaallah...=]