// We Are Young !
Disclaimer


Do follow do talk. There's Mr Nice Guy in this blog :D wanna know more? Meet the owner. Adios.

Back to main page.
Meet the owner.
Wanna exchanged the links?


Chatzone



Credits

Template is made by Sharo.
Thanks to We ♥ It for the amazing picture. And also a big applause to Rainboee for his beautiful colour code.


All rights reserved ® Nazirullah 2012.


Older Posts → | ← Newer Posts
politik atau perjuangan..
Sunday, September 19, 2010 , 5:53 AM , 0 Comment[s]

fikirkan contoh pertama yang dapat saya berikan..jangan kata umur setahun jagung bodoh menerima apa yang dikata...kita kaji kita tahu...kita tahu..kita benarkan...
Gerakan politik orang Cina amat kompleks sekali dan penuh dengan gabungan yang tersirat dan tersurat. Orang Cina pun terkenal dengan sikap ‘secretive‘ dan ‘subtle‘nya. Membuat satu generalisasi mungkin satu perkara yang merumitkan kerana masyarakat Cina adalah masyarakat minoriti yang sentiasa menggunakan pragmatism untuk mencapai objektif kelompok.
Mereka pula mempunyai falsafah hidup yang berbeza walaupun dalam kelompok yang sama. Ada yang modern liberal, ada yang modern radikal dan ada yang conservative radical.
Masyarakat Cina pula sudah menjadi sophisticated dengan segala tips and trick untuk survive di negara yang mempunyai sejarah yang jelas bahawa mereka adalah kelompok immigrant hasil dari dasar penjajah yang menggunakan buruh asing untuk memajukan jajahan takluk.
Terdapat banyak persamaan politik orang Cina di negara lain dengan Malaysia tetapi di Malaysia orang Cina amat bernasib baik dari segi status politik dan ekonomi setelah Malaysia mencapai kemerdekaan. Mereka di beri keistemewaan politik dan ekonomi yang boleh dikatakan sama dengan penduduk tempatan. Liberalisasi Malaysia telah meletakkan ramai orang Cina menjadi menteri utama dan hartawan yang kaya raya....
Melayu berjuang Atau ini kepentingan diri???..cuba fikir???
Ini adalah kebiadapan melampau. Utusan Melayu ialah akhbar yang lahir dari dan menjadi agen perjuangan nasionalism Melayu. PERKASA adalah NGO Melayu yang lantang memperjuangkan agenda nasionalism Melayu, sebagaimana yang diperuntukan dalam Perlembagaan Persekutuan dan Dasar Ekonomi Baru. PERKASA lahir kerana UMNO sudah dirasakan akar umbi Melayu termasuk akar umbi UMNO sendiri bahawa Kepimpinan terlalu beralah kepada tuntutan Bukan Melayu dan Melayu Liberal yang semakin lantang untuk melunturkan keistimewaan yang diperuntukan kepada orang Melayu, termasuk yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
Perdana Menteri Malaysia ke IV dan Presiden UMNO ke V Tun Dr. Mahathir Mohamad menyokong perjuangan PERKASA kerana ianya mendukung perjuangan nasionalism dan membawa aspirasi orang Melayu, tatkala kepimpinan UMNO mula membawa parti nasionalis  itu menjadi lebih liberal dan apologetik atas isu yang dekat pada orang Melayu. Mesej ini perlu konsisten agar orang Melayu terutama generasi muda masih lagi mengekalkan semangat nasionalism, yang sepatutnya menjadi tanggung jawab UMNO..

aku membaca aktikel ini dengan perasaan yang bermacam-macam dan di benak fikiranku.....beribu persoalan timbul...dimana letaknye kedudukan politik negara sekarang...apa yang akan berlaku didalam arena negara sekarang...siapa pemimpin yang sebenar...dan bermacam-macam lagi soalan...
mengapa kita perlu suram didalam kelam..sedangkan hakiki kita boleh cari..rugikah kita??lihatlah arena politik sekarang... ubah la arena politik dan suasana negara..
salah kah kita berpijak dibumi yang nyata..jangan melaungkan apa yang seperti khayalan...