// We Are Young !
Disclaimer


Do follow do talk. There's Mr Nice Guy in this blog :D wanna know more? Meet the owner. Adios.

Back to main page.
Meet the owner.
Wanna exchanged the links?


Chatzone



Credits

Template is made by Sharo.
Thanks to We ♥ It for the amazing picture. And also a big applause to Rainboee for his beautiful colour code.


All rights reserved ® Nazirullah 2012.


Older Posts → | ← Newer Posts
ini kamu!!!!!!!!!!!
Tuesday, October 19, 2010 , 9:31 AM , 0 Comment[s]


Kalbu




i)  Ia adalah kalbu kasar, yang terdiri daripada seketul daging sebesar gumpal tangan yang terletak di sebelah kiri dada manusia. Keadaannya berongga (ada yang dipanggil hati, tetapi sebenarnya jantung!) menjadi tempat mengisi dan mengepam darah yang akan menjalar ke seluruh anggota dan urat-nadi manusia. Ia dapat dilihat, dijamah atau dikerat-belah dengan pisau. Namun ia akan busuk berulat, busuk dan akan hancur selepas mati.
Hati ini sama pada semua jenis haiwan yang tidak berakal dan tiada nilai sedikit pun di sisi Allah swt.


Ruh


li)  Ruh tabii adalah wap atau gas yang keluar dari dalam hati kasar (jantung) yang berisi darah hitam. Wap dan gas ini berjalan lancar ke seluruh bahagian urat-nadi dalam anggota tubuh badan manusia. Bandingannya samalah dengan cahaya lampu dalam sebuah rumah - yang dapat menyampaikan sinaran cahayanya ke serata ceruk. Ruh seperti inilah yang dinamakan nyawa yang sama dengan nyawa yang ada pada haiwan yang tidak berakal itu.
lii)  Ruh pada hakikat yang sebenar adalah kejadian dari alam keanehan Tuhan yang dibahasakan kepada latifah-rabbaniah, iaitu serupa dengan maksud (ii) pengertian kalbu tadi. Oleh itu ruh dan kalbu adalah sama pada hakikat dalam erti yang satu, iaitu kejadian Tuhan yang seni. Malah ia berbadan halus dan seni.


Maksud ruh yang ini langsung tidak dapat dimengertikan oleh otak manusia tentang dari jenis apakah ia dijadikan? "Dan mereka lagi akan bertanya kepada engkau wahai Muhammad, berkenaan dengan ruh hendaklah engkau menjawab kepada mereka bahawa ruh itu adalah daripada urusan Tuhanku."


Nafsu


li)  Ia meliputi segala tabiat; marah, nafsu berahi dan syahwat termasuk sifat-sifat keji yang lain seperti hasad-dengki, dendam kesumat, tamak haloba, ria, 'ujub dsb. Sifat ini sama sahaja dengan yang terdapat pada kejadian binatang dan manusia. Sifat ini tidak ada pada malaikat sebagaimana sabda Baginda saw;
l"Sejahat-jahat musuh engkau ialah nafsu engkau yang terletak di antara dua lambung engkau.“
l
l

ii)  Ia sama dengan huraian berkait dengan latifah-rabbaniah pada ruh dan kalbu tadi. Oleh itu kalimah nafsu, kalbu dan ruh bolehlah dipakai kepada satu hakikat latifah yang sama pada kejadian manusia. Ia amat berbeza dengan makhluk lain seperti binatang. 


Akal


li) Akal dengan tabiatnya dapat memikir dan mengetahui segala hakikat sesuatu.
lii)  Akal yang alim dengan ilmunya. Ilmunya adalah sebagai sifat bagi akal tersebut. Pengertian ini sama dengan pengertian latifah-rabbaniah disebabkan tidak mungkin apa yang dimaksudkan dengan akal itu berlainan daripada pengertian bagi kalbu dan ruh.

"Seawal-awal benda yang dijadikan Allah Taala ialah akal, kemudian berkata Allah kepada akal,"Berhadap olehmu. Maka berhadap ia, kemudian berkata Allah kepadanya, Pergi olehmu, maka jauhlah ia."