pernahkah kita terfikir kenapa kita belajar
Monday, February 28, 2011 ϟ 9:09 PM ϟ 0 Comment[s]
bace dan faham...:)...
Untuk menjelaskan persoalan di atas,elok kita selidik daripada dua sudut pandangan ,iaitu dari sudut pandangan agama dan sudut pandangan masyarakat.
Dalam Islam,terdapat beberapa hadis dan ayat al-Quran yang menjelaskan tentang kepentingan kita menuntut ilmu.Di sini,kita menyenaraikan beberapa sabda Rasulullah s.a.w yang menyatakan tentang kepentingan menuntut ilmu.
Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:
“setiap muslim diwajibkan menuntut ilmu”(hadis)
“mempelajari satu bab daripada ilmu adalah lebih baik daripada sembahyang (sunat) 100 rakaat”(hadis)
“sesungguhnya malaikat merendahkan sayapnya kepada penuntut ilmu kerana meredhai apa yang dilakukan olehnya”(hadis)
“sesiapa yang menginginkan dunia(kebahagian dunia),maka hendaklah ia berilmu dan siapa yang menginginkan akhirat (kebahagian akhirat) maka hendaklah ia belajar dan berilmu,Dan siapa yang mengkehendaki kedua-duanya,maka ia pun harus berilmu”(hadis)
Mas’ab bin Zubir berkata:
“Belajarlah,kerana dengan belajar itu,kamu akan menjadi elok bila kamu tidak mempunyai rupa yang elok dan kamu akan punya kekayaan.Ilmu itu adalah hiasan bagi orang yang tidak mempunyai perhiasan dan harta bagi yang tidak mempunyai harta”(hadis)
Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:
“Dua perkara yang tidak memuaskan iaitu menuntut ilmu dan menuntut dunia”
(Riwayat Ibnu Addi)
Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:
“Sebaik-baik sedekah ialah mempelajari seseorang Islam itu Ilmu ,kemudian mengajarkan ilmunya itu kepada saudara Islamnya”
(Riwayat Ibnu Majah)
Seorang ulama yang bernama Ibni Abdul Bari membincangkan tentang ilmu dan kepentingannya terhadap seseorang manusia.Beliau menggambarkan tentang peri pentingnya seseorang insan itu menuntut ilmu dengan meluahkan pandangannya melalui kata-kata hikmat berikut:
Pelajarilah ilmu,kerana……..
· mempelajarinya kita akan takut kepada Allah
· menuntutnya adalah ibadat
· membincangkannya adalah bertasbih
· mencarinya adalah berjihad
· mengajarkannya kepada orang yang tidak mengetahui adalah sedekah
· memberikannya kepada ahlinya adalah mendekatkan dirinya kepada Allah
Kerana ilmulah…………….
· petunjuk kepada Allah antara yang halal dan haram
· menara kepada penghuni syurga
· teman di saat kesunyian
· rakan dimasa keseorangan
· teman berbicara di waktu khulwa
· petunjuk kepada yang membawa bahagia dan membawa kecelakaan
· senjata dalam menghadapi musuh
· perhiasan di saat bersama teman-teman
Dengan menguasai ilmu
· Allah mengangkat tinggi kedudukan banyak kaum
· Allah ad jadikan mereka pemimpin yang tegak
· Jejak langkah mereka diikuti
· Perbuatan mereka dicontohi dan;
· Pendapat mereka dijadikan pemutus
· Terlalu kepingin bertemankan mereka
· Sentiasa mengusapkan mereka dengan sayapnya
· Setiap benda lembap kering,ikan,dan binatang lauy,binatang buas di darat dan binatang jinak kesemuanya memohon agar mereka diampunkan
Kerana ilmu……………
· Menghidupkan hati dari kejahilan
· Lampu bagi penglihatan di saat kelam
Dengan ilmu……………..
· Hamba dapat mencapai kedudukan orang-orang terpilih yang mempunyai darjat yang tinggi di dunia dan akhirat
Bagi seseorang muslim ,soal menuntut ilmu pengetahuan mesti menjadi agenda utama dalam kehidupannya kerana agama Islam begitu menitikberatkan ilmu.Imam Al-Ghazali membuat suatu penganalisaan yang amat bijak tentang kehebatan manusia menyatakan:
“Jika manusia itu merasa hebat(besar) sebenarnya besar lagi seekor gajah.Jika manusia merasa kuat makan,sebenarnya besar lagi perut lembu.Jika manusia merasa bangga dengan keberaniannya sebenarnya berani lagi binatang buas (seperti singa atau harimau).Jika manusia merasa bangga dengan tahan lasaknya ,sebenarnya tahan lasak lagi unta.Jika manusia merasa bangga dengan kecantikkanya ,sebenarnya cantik lagi buruk merak……Tetapi hebatnya manusia adalah kerana ilmunya”
Apa yang digambarkan oleh Imam al-Ghazali itu jelas menunjukkan kepada kita bahawa kegagahan atau kehebatan manusia kerana ilmu pengetahuannya bukan semata-mata saiz tubuh badan seseorang itu ,kecantikan paras rupa manusia itu dan pelbagai lagi.